Search This Blog

Loading...

Tuesday, March 4, 2014

PELANCARAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH 2014

Latar Belakang KPJ

Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Matlamat Penubuhan KPJ

  1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.
  2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.
Moto KPJ“Mencegah lebih baik daripada Memerangi”
Objektif KPJ1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.

Peranan Ahli KPJ


Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:
1. Pembudayaan Adab Murid2. Peningkatan Disiplin Murid3. Perpaduan Murid4. Patriotisme5. Jatidiri

Jawatankuasa KPJ
Pelaksanaan KPJ di semua sekolah ditentukan dan dipantau oleh:
  1. Jawatankuasa Bertindak melalui pendekatan masyarakat yang dibentuk oleh Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Salah Laku Murid peringkat KPM.
  2. Jawatankuasa Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri
  3. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah/Zon (pengetua/guru besar yang dilantik oleh KPPM)
  4. Jawatankuasa KPJ peringkat sekolah
Jawatankuasa KPJ Peringkat Sekolah Rendah/Menengah
-Naib Pengerusi
-Setiausaha
-Penolong Setiausaha
-Bendahari
-Ahli Jawatankuasa (5 orang)
-Pemeriksa Kira-kira (2 orang)
Keahlian:Terbuka kepada semua murid di sekolah

Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah
1. Ceramah dan Dialog: 
-Pencegahan Jenayah oleh pegawai perhubungan polis
-Penyalahgunaan dadah dan hukumannya

2. Kursus, Bengkel dan Seminar:-Membentuk keterampilan diri
-Pembentukan sahsiah murid

3. Kempen:-Antijenayah
-Antimerokok
-Antidadah

4. Perkhemahan:-Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi
-Perkhemahan Jati Diri

Keahlian:Terbuka kepada semua murid di sekolah
Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah
1. Ceramah dan Dialog: 
-Pencegahan Jenayah oleh pegawai perhubungan polis
-Penyalahgunaan dadah dan hukumannya

2. Kursus, Bengkel dan Seminar:-Membentuk keterampilan diri
-Pembentukan sahsiah murid

3. Kempen:-Antijenayah
-Antimerokok
-Antidadah

4. Perkhemahan:-Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi
-Perkhemahan Jati Diri






TARIKH             : 10 Februari 2014
TEMPAT            : Dewan Seri Atma


Pada hari Isnin yang lalu telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah 2014 yang dirasmikan oleh pengetua, Datin Sri Hajah Nor Azizah binti Sulaiman. Program ini bertujuan untuk member kesedaran kepada murid- murid agar menjauhi daripada melakukan jenayah. Program ini juga diadakan bagi menerangkan kepada murid- murid mengenai kelab pencegahan jenayah yang baru diperkenalkan di sekolah.



PELANCARAN PROGRAM NILAM 2014


TARIKH             : 10 Februari 2014
TEMPAT           : Dewan Seri Atma


Pada hari Isnin yang lalu, telah berlangsungnya Pelancaran Program Nilam 2014 yang telah dirasmikan oleh pengetua, Datin sri Hajah Nor Azizah binti Sulaiman. Program ini bertujuan untuk menyemai budaya membaca dalam kalangan murid. Budaya membaca ini amat penting bagi melahirkan generasi muda yang berpengetahuan luas dalam penguasaan pelbagai bidang.           


wmode="transparent" allowFullScreen="true" allowScriptAccess="always" width="768" height="576">

LDP 1:PERJAWATAN DAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN

PERJAWATAN DAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN

TARIKH      : 8 Februari 2014.
TEMPAT    : Bilik Seri Bestari, Seri Ampang.

OBJEKTIF  :

·   

  • Mendedahkan guru-guru tentang hal-hal perjawatan seperti pelantikan, pengesahan perkhidmatan, kenaikan pangkat, cuti, persaraan, tatatertib dan lain-lain.
  •  Membantu guru-guru merancang dan mengurus perkhidmatan dengan cara yang betul.


LAPORAN:

Guru-guru SMK Seri Ampang telah mengadakan program perjawatan dan pengurusan perkhidmatan yang merupakan satu komponen penting bagi sesi 2014. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru di SMK Seri Ampang tentang maklumat berkaitan perjawatan. Dengan cara ini guru-guru SMK Seri Ampang dapat menguruskan perkhidmatannya dengan cara yang betul serta dapat mengurangkan masalah-masalah di kemudian hari.

wmode="transparent" allowFullScreen="true" allowScriptAccess="always" width="640" height="480">

Monday, January 6, 2014

Hari Penjurusan Tingkatan 4

Tarikh : 2 Januari 2014
Masa : 8.10 - 1.10
Tempat : Dewan Seri Atma SMKSA

Pelajar lepasan PMR 2013 SMK Seri Ampang telah dibahagikan kepada kelas dan aliran mengikut pencapaian pada peperiksaan PMR yang lepas. Antara elektif dan yang ditawarkan di SMK Seri Ampang adalah seperti berikut :


BIL
TINGKATAN / NAMA KELAS
MATA PELAJARAN ELEKTIF
TINGKATAN 4           
1
4 Amanah
Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi / Lukisan Kejuruteraan
2
4 Ikhlas
Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas             
3
4 Jujur
Pendidikan Seni Visual, Perdagangan, Ekonomi Asas / Tasawwur Islam
4
4 Murni
Pendawaian Domestik (MPV), Perdagangan











Semoga pelajar tingkatan 4 dapat memperbaiki diri dan maju dalam pelajaran dengan semangat baru.

wmode="transparent" allowFullScreen="true" allowScriptAccess="always" width="800" height="630">

Monday, December 30, 2013

Majlis Orientasi tingkatan 1 SMK Seri Ampang

Tarikh : 30.12.2013
Tempat : SMK Seri Ampang

Selamat datang diucapkan kepada pelajar-pelajar baru ting 1. Semoga kejayaan anda bermula di Seri Ampang.

wmode="transparent" allowFullScreen="true" allowScriptAccess="always" width="640" height="480">